ARTIKEL

Mutang menyempurnakan upacara perasmian Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan di sini hari ini

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi.

Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai pembangunan yang terdapat di kawasan berkenaan yang dijadualkan siap beberapa tahun akan datang.

Ini termasuklah pembinaan jalan raya, pusat rawatan air, sambungan elektrik berterusan dan stabil serta penambahbaikan capaian Internet.

“Dengan penambahbaikan infrastruktur ini, komuniti Ba’Kelalan harus membangunkan tanah mereka dan mula menghasilkan sayur-sayuran segar, buah-buahan serta bunga yang hanya terdapat di kawasan dataran tinggi seperti penghasilan komersial di Kundasang dan Cameron Highlands.

“Ini menghasilkan pendapatan tambahan bagi mereka selain bergantung dengan pengeluaran beras Adan, pada masa yang sama menarik lebih ramai pelancong melawat Ba’Kelalan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Beras Adan 2024, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan keunikan ciri beras Adan organik yang diusaha menggunakan kaedah tradisional diwarisi dari generasi ke generasi dan pengairannya daripada sumber air yang diperoleh dari anak sungai gunung berdekatan.

“Beras Adan ini memiliki hak milik intelektual (IP) dan diiktiraf sebagai beras organik premium dan saya berharap komuniti petani Ba’Kelalan mengambil inisiatif menghasilkannya secara komersial dan mempromosikan kualiti unik dan nilai beras berkenaan.

“Ia termasuklah penjenamaan dan pembungkusan beras Adan bagi mencerminkan bahawa ia beras organik premium,” ujarnya.

Pada masa sama, Mutang berkata komuniti petani Ba’Kelalan perlu menjalankan usaha secara kolektif dalam kalangan mereka sendiri dan berkolaborasi untuk memulakan inisiatif bagi pengeluaran komersial Beras Adan yang membawa manfaat ekonomi yang lebih besar kepada komuniti.

Selain itu katanya, petani di kawasan tersebut juga perlu menginovasikan kaedah pertanian mereka dari segi mekanikal dan automasi tanpa mengabaikan kualiti organik premium beras tersebut.

“Apabila usaha sedemikian dijalankan, komuniti petani Ba’Kelalan boleh memohon kerjasama, bantuan dan sokongan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penjenamaan, promosi dan pemasaran Beras Adan hingga ke pasaran antarabangsa.

“Buat masa sekarang, Beras Adan hanya ditanam sekali setahun, dan penanaman berganda masih belum berjaya serta kajian yang lebih komprehensif oleh agensi kerajaan seperti Mardi dan universiti tempatan membantu menjayakannya,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Mutang menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada penganjur bagi menjayakan sambutan Pesta Beras Adan 2024.

Pesta Beras Adan 2024 berlangsung dua hari bermula hari ini, dan terdapat pelbagai aktiviti lain diadakan seperti jamuan rakyat, sukan dan tarian tradisional serta pertunjukan kebudayaan dan masakan Lun Bawang.

Mutang beramah mesra bersama penduduk di Ba’Kelalan serta pengunjung yang hadir ke Pesta Beras Adan 2024.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)