ARTIKEL

Adam Yii bersama dengan kakitangan MBM yang lain sempena sidang media Pesta Bubuk 2024 di sini hari ini.

Pesta Bubuk 2 Mac ini di Tamu Batu Satu, Kuala Baram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pesta Bubuk anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini kembali lagi dengan menampilkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk pengunjung.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata, pesta tersebut bakal berlangsung pada 2 Mac depan bertempat di Tamu Batu Satu, Kuala Baram, di sini.

Katanya, ia diadakan sempena musim bubuk atau udang geragau yang bermula sekitar hujung Februari dan berlarutan sehingga awal Mac.

“Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah pertandingan memasak menggunakan bahan berasaskan bubuk, pelayaran laut, sukan tradisional seperti tug of war dan gusti lengan, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, dan juga kaunter pendaftaran PADU,” katanya pada sidang media Pesta Bubuk 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa bersyukur kerana musim bubuk sangat membantu para penduduk khususnya golongan nelayan dan juga peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

“Sungguh menakjubkan apabila musim bubuk di Miri, kita dapat melihat ramai isi rumah terutamanya yang tinggal di pesisir pantai akan mengambil peluang untuk menangkap bubuk.

Baca lain  Mengaku bersalah guna dadah, lelaki dipenjara 6 bulan 

“Daripada udang halus, bubuk boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk produk seperti belacan, cencaluk, dan banyak lagi.

“Penjualan produk berasaskan bubuk oleh penduduk tempatan membantu mereka menjana pendapatan, dan secara tidak langsung menjadikan produk tersebut sebagai aset pelancongan yang boleh memberi pendapatan lumayan kepada nelayan dan pengusaha belacan di Miri,” ujarnya.

Sementara itu katanya, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan MBM telah memutuskan untuk menganjurkan pesta tersebut pada tahun ini secara besar-besaran sebagai satu usaha bagi mempromosikannya sebagai acara tahunan dalam Kalendar Acara Miri.

Perasmian Pesta Bubuk pada kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang