Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pesta Bubuk Miri, 12 dan 13 Mac depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Pesta Bubuk anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini kembali selama dua hari dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Bakal berlangsung pada 12 dan 13 Mac depan bertempat di Tamu Batu 1, Kuala Baram, di sini, ia diadakan sempena musim bubuk atau udang geragau yang bermula sekitar awal Februari dan berlarutan sehingga Mac.

Menurut Datuk Bandar MBM Adam Yii Siew Sang, antara aktiviti yang diadakan adalah demontrasi dan pertandingan memasak berasaskan bubuk, pelayaran laut, gerai jualan, pertandingan laying-layang tercantik, zumba dan banyak lagi.

“Selain bubuk basah, ia amat sesuai dijadikan belacan, pes udang, sos udang, cencaluk, udang kering dan sebagainya kerana rasanya lebih lazat.

“Malah merupakan hidangan tempatan popular dalam kalangan penduduk Sarawak serta negara jiran, Brunei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka bakal merasmikan program tersebut pada Sabtu, 12 Mac depan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru