Trending

Pesta Gaak Danu 2019 tampil pelbagai aktiviti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bagi yang belum berkunjung ke Kampung Danu yang begitu terkenal dengan ikan tagangnya, datanglah pada 21 hingga 23 Jun ini untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi Pesta Gaak Danu 2019.

Pesta yang julung kali diadakan ini dianjurkan bersama Pejabat Daerah Kecil Padawan dan JKKK Kampung Danu dengan mengetengahkan ekosistem serta alam semula jadi di salah sebuah perkampungan Bidayuh yang terletak di sepanjang sungai Sarawak kiri itu.

Menurut Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan selaku pengerusi penganjur pesta, Rangen Jamang, pesta selama tiga hari itu akan menampilkan aktiviti-aktiviti sungai, persembahan kebudayaan dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan.

“Pesta Gaak Danu bertujuan memperkenalkan Kampung Danu kepada masyarakat luar tentang keindahan semula jadi sungai serta pelaksanaan ‘Sistem Tagang’ yang telah wujud sejak tahun 2016 di kampung ini,” katanya ketika ditemu-bual, hari ini.

Rangen berkata objektif pesta juga untuk memberi kesedaran dalam menjaga alam semula jadi dan ekosistem sungai-sungai yang ada.

Pada masa sama, katanya ia juga mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat luar bandar melalui pembukaan gerai makan, kraftangan dan juga homestay sekali gus mempromosikan produk eko pelancongan yang terdapat di kawasan luar bandar.

“Program ini merupakan usaha kami untuk menyokong usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan Tahun Melawat Sarawak 2019.

“Ini juga bagi memperkenalkan adat budaya mayarakat Bidayuh di kawasan tersebut kepada pengunjung yang hadir pada pesta tersebut utamanya pelancong asing di samping mempromosikan Sistem Tagang Kampung Danu ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk penyertaan orang ramai iaitu pertandingan memancing, Larian Lasak Gaak Danu, pertandingan Poco-Poco yang menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang.

Selain itu adalah sukan air/ sukan rakyat, menangkap ikan tagang secara beramai-ramai.

Pesta Gaak Danu 2019 dijangka dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 22 Jun manakala penutupannya disempurnakan oleh Menteri Muda Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru