ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Hanifah merakam kenangan bersama penerima-penerima geran tersebut.

Pesta Kaul Mukah, Pesta Regata Mukah Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pesta Kaul Mukah 2024 dan Pesta Regata Mukah akan diadakan pada Julai depan, sementara Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Mukah 2024 dibatalkan.

Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ini bagi menghormati pemergian ayahnya mantan Yang di-Pertua Negeri Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud pada 21 Februari lalu.

Hanifah (tengah) menyampaikan geran kepada salah seorang penerima dalam majlis tersebut.

“Selain Majlis Ramah-tamah Aidilfitri, Pesta Kaul Mukah yang dijadualkan berlangsung pada April ini turut ditunda dan dilaksanakan bersama Pesta Regata Mukah, pada Julai depan.

“Namun, Kaul Serahang Kakan akan tetap diadakan pada 20 April ini bagi menghormati adat dan tradisi masyarakat Melanau,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam Majlis Penyerahan Geran Bagi Projek Mesra Rakyat dan Peruntukan Khas Fasa Satu Tahun 2024 bagi kawasan Parlimen Mukah di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Mukah, di sini, semalam.

Hanifah (tengah) menyampaikan geran kepada salah seorang penerima dalam majlis tersebut.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU