Trending

Pesta Matu tetap meriah walaupun diadakan sederhana

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MATU: Berskala sederhana namun bukan penghalang lebih 3,000 pengunjung memeriahkan Pesta Matu 2023, yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Sebanyak 18 acara utama disenaraikan sepanjang pesta, antaranya perlumbaan perahu bidar, sukan rakyat dan persembahan pentas.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya yang juga ADUN Jemoreng.

Dalam ucapannya beliau berkata, penganjuran pesta merupakan sebahagian inisiatif untuk menarik kehadiran pengunjung ke Matu.

“Ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan keunikan Matu kepada pengunjung luar di samping memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri aktiviti kemasyarakatan di daerah ini.

“Pada masa sama, kita juga mahu menyediakan ruang dan peluang ekonomi kepada penjaja kecil,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Juanda berkata, kejayaan penganjuran acara itu adalah lambang kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

“Saya melihat program ini amat berjaya, menyatukan penduduk di kawasan kita.

Sambutan luar biasa menyuntik semangat penganjur melakukan penambaikan di samping meneruskan penganjurannya pada masa akan datang,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru