Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Pesta Satok dianjurkan selepas keadaan reda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP… Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Penyerahan Biskut Krismas bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Thompson Corner, Jalan Nanas Foto:RAMIDI
BERCAKAP… Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Penyerahan Biskut Krismas bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Thompson Corner, Jalan Nanas
Foto:RAMIDI

KUCHING: Pesta Satok akan kembali dianjurkan selepas keadaan Covid-19 benar-benar reda.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, mereka juga perlu mempertimbangkan keadaan semasa  sebelum memutuskan untuk mengadakan pesta tersebut.

“Insya-Allah kita akan menganjurkan Pesta Satok selepas keadaan Covid-19 reda. Sama ada tahun hadapan atau bila, kita tidak pasti. Lebih-lebih lagi sekarang musim hujan.

“Bagaimanapun, sekiranya ada yang mahu membuka gerai sempena penganjurannya kelak, kita akan cuba usulkan perkara tersebut kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Penyerahan Biskut Krismas bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Thompson Corner, Jalan Nanas, di sini, hari ini.

Tambahnya, setiap tahun mereka akan mengadakan Bazar Ramadan dan ia akan diteruskan tahun hadapan.

“Insya-Allah bermula bulan puasa nanti, reruai jualan di Bazar Ramadan Satok akan dibuka seperti biasa.

“Berkemungkinan Pasar Satok juga akan dibuka nanti, kita akan cuba usulkan untuk mengadakan jualan pada hujung minggu terlebih dahulu. Kita lihat keadaan, tetapi ini memang dalam perancangan kita,” ujarnya.

Sementara itu, menjelas mengenai program tersebut, katanya ia memang budaya di Sarawak untuk meraikan pelbagai perayaan bersama-sama.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News