Trending

Petai Belalang untuk rawat kudis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Gegat atau nama saintifiknya Lepisma saccharina, merupakan serangga kecil berwarna kelabu atau perak yang tidak memiliki sayap.

Serangga yang diklasifikasikan dalam keluarga Order thysanura ini berukuran antara setengah hingga satu inci.

Bentuk badannya pula jenis yang menguncup dari bahagian kepala hingga ke ekornya, memiliki dua sesungut atau antena panjang.  

Gegat dinamakan gegat tiga ekor kerana ia memiliki tiga filamen memanjang yang lebar dari hujung perut.

Serangga ini bergerak seperti ikan, sesuai dengan gelaran lainnya iaitu silverfish.

Gegat dianggap serangga perosak kerana memakan hampir semua benda, termasuk daging kering, tepung, kapas, gula, bijirin dan kain.

Malah serangga ini juga digelar kutu buku kerana suka memakan kertas.

Mereka biasa ditemui di tempat sejuk, lembap dan gelap di bawah batu dan dahan pokok tumbang.  

Gegat betina dewasa mampu menghasilkan sehingga 50 butir telur pada satu-satu masa. 

Cara terbaik menghindari gegat ini adalah dengan membuang longgokan kertas, bekas dan kotak serta jangan biarkan pakaian berlonggok untuk tempoh masa yang lama.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

Al-Quran Braille

IKMAS menerima kunjungan ramah mesra pihak Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi

Penilaian buku peraturan

BARU-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Ruslan Said mempengerusikan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru