ARTIKEL

Petani dipenjara 30 tahun tembak rakannya guna senapang patah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang petani selepas mengaku bersalah kerana membunuh rakannya dengan menembak menggunakan selaras senapang patah, dua tahun lalu.

Nuli Natau, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai dalam pertengahan perbicaraan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kematian mangsa lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di sawah padi, Kampung Sungai Pedada, Sri Aman, kira-kira jam 3.30 pagi, 2 Januari 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun sekiranya tidak dihukum mati dan hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Alexander Siew memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 2 Januari 2021.

Menurut fakta kes, pada 1 Januari 2021, kira-kira jam 6.30 pagi, Nuli bersama sepupunya pergi ke rumah si mati untuk minum arak ‘langkau’ sehingga aktiviti mereka belarut ke tengah malam.

Dalam keadaan mereka mabuk, si mati tiba-tiba memegang kaki tertuduh lalu mengheret ke pintu utama rumah. Tertuduh bertanya kepada si mati mengapa dia berbuat demikian namun si mati hanya menjawab “saya tariklah”.

Tertuduh yang berang diperlakukan demikian lalu pulang ke rumahnya yang terletak 2.4 kilometer dari rumah mangsa kemudian kembali ke tempat kejadian membawa selaras senapang patah seterusnya melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Kejadian terbabit disaksikan sendiri oleh anak tiri mangsa kemudian segera menghubungi Respons Kecemasan Malaysia 999 (Mers 999) selepas melihat mangsa terbaring di atas lantai tanpa sebarang pergerakan dan darah keluar dari mulut si mati.

Selepas kejadian itu, pihak polis berjaya menahan tertuduh pada hari yang sama kira-kira jam 12 tengah hari sekali gus merampas senjata yang digunakan tertuduh untuk membunuh mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Suk Hui manakala tertuduh diwakili dua peguam iaitu Simon Siah dan Moh Ung Kieng.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,