Trending

Petani disaran guna teknologi untuk tingkat produktiviti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERUCAP… Dr Rundi bercakap pada Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-38 di Hotel UCSI di sini, malam Selasa. Photo Ramidi Subari.

KUCHING: Golongan petani disarankan mengubah persepsi serta beralih kepada kaedah moden dengan menerapkan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti pertanian.

Menteri Industri Makanan Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD) Datuk Seri Dr Stephen Rundi Atom berkata, petani harus mengoptimumkan penggunaan tanah dan mempertimbangkan pendekatan terbukti berkesan di negara-negara maju lain.

“Halangan utama Sarawak ketika ini terletak pada pengeluaran beras dengan cabaran berpunca daripada tanah, kekurangan air dan keadaan cuaca.

“Kadar Sara Diri (SSR) Sarawak untuk beras kini hanya berada pada tahap 36 peratus berikutan Kerajaan India menghentikan eksport serta-merta beras putih bukan basmati,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-38 di Hotel UCSI di sini, malam Selasa.

Menurut Rundi, Sarawak mempunyai tanah yang luas tetapi tidak semuanya sesuai untuk penanaman padi.

Sehubungan itu katanya, kumpulan peladang atau projek pertanian bersesuaian perlu dibentuk bagi menangani masalah berkenaan.

“Kerjasama antara sektor swasta, sektor awam, dan penglibatan atau kerjasama komuniti adalah penting untuk meningkatkan bekalan beras di Sarawak.

“Disebabkan itu, kita perlu menerima teknologi baharu untuk meningkatkan produktiviti dan kuantiti tanpa menjejaskan kualiti dan standard yang diperlukan kerana jika Thailand turut mengenakan kawalan eksport beras, Sarawak akan menghadapi masalah yang lebih besar,” ujarnya.

Disebabkan itu kata Rundi, Sarawak menyasarkan untuk mencapai SSR antara 60 hingga 75 peratus menjelang 2030 dengan bantuan semua pihak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah