ARTIKEL

Petanque 2023 jadi pentas pilih atlet SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KEJOHANAN Petanque 2023 yang berlangsung di Arena Petanque Sarawak, Kampung Santubong dilihat sebagai landasan yang tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menegaskan, secara tidak langsung dengan penganjuran kejohanan itu dapat memberi ruang untuk mengenal pasti atlet terbaik untuk mewakili Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Sejajar dengan keinginan awal badan induk, Persatuan Boules Negeri Sarawak yang cuba menjadikan kejohanan teraebut memilih atlet terbaik.

“Sebagai mana difahamkan penganjuran kejohanan itu yang merupakan landasan untuk memilih atlet bagi mewakili Sarawak pada Sukma 2024.

“Saya percaya ramai atlet terbaik dari kejohanan itu yang berada dalam radar badan induk untuk diberi peluang beraksi dalam kejohanan berprestij negara kelak,” ujar Awang Putrayusrie lagi.

Kejohanan terbabit berlangsung tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai lalu.

Seramai 81 orang atlet mewakili beberapa bahagian seperti Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Limbang serta daerah lain seperti Saratok, Kabong, Bintangor dan Lawas turut serta.

Baca lain  35 sertai kursus pengadil sepak takraw Sarawak.

Kejohanan terbabit dianjur oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan SSC dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti