Petinju berlatih seperti biasa

PETINJU Sukma Sarawak sekarang ini tetap berlatih seperti biasa walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun latihan anak-anak buah Wibur Buang Andogan berpandukan kepada norma baharu dengan dengan menekankan prosedur operasi standard (SOP).
Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, latihan membabitkan petinju berjalan seperti biasa.
Apa yang penting katanya, para petinju sentiasa memathui SOP yang telah ditetapkan.
“Tiada masalah untuk petinju kita mematuhi SOP karana sebelum ini mereka juga mengamal perkara yang sama,” tambah beliau lagi.
Sambil menjelaskan sesi latihan diadakan setiap hari kecuali Ahad.
“Kita akan terus berlatih bagi memastikan tahap kecergasan kekal, di samping meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Skuad kali ini dibarisi sembilan atlet, termasuk penyumbang pingat pada Sukma Perak 2018.