ARTIKEL

Petinju Sarawak cipta kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petinju muda Sarawak yang berentap dalam Kejohanan Tinju Golden Glove Lelaki dan Wanita Kebangsaan 2023 di Besut, Terengganu 12 hingga 17 Jun lalu berjaya mencipta kejutan luar jangkaan.

Berjaya meraih empat pingat emas, enam perak dan dua gangsa sekali gus memuktamad kedudukan di tempat kedua keseluruhan, di belakang Pulau Pinang selaku juara.

Dua daripada pingat emas Sarawak disumbangkan petinju lelaki iaitu Peter Nyanggun (51 kg) dan Lam Wee Liang (60 kg). Manakala dua lagi diperoleh petinju wanita, Hamiesha Hamdan (57 kg) dan Anna Velentini (48 kg).

Sementara itu, pingat perak pula disumbang Mohd. Rafieq (71 kg), Liew Sun Haw (86 kg), Muhd Fariz (92 kg) (lelaki) dan tiga petinju wanita iaitu Frenycia (48 kg), Clavia charlene (52 kg) dan Ellysha Sharihanna (57 kg).

Manakala gangsa disumbang oleh petinju lelaki, Kok Long How (75 kg) dan Frederick Xian (63.5 kg).

Skuad tinju Sarawak menghantar 16 orang petinju, 11 lelaki dan lima wanita pada kejohanan enam hari itu

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

KL CITY BENAM NSFC 3-0

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman,

BERITA TERBARU