ARTIKEL

UNTUK KENANGAN...Petinju Sarawak dan Korea Selatan bersama-sama pegawai masing-masing merakam gambar kenangan sebelum perlawanan

Petinju Sukma Sarawak uji petinju Korea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kredit berganda buat petinju Sukan Malaysia (Sukma) XXI Sarawak dalam meningkatkan prestasi dan menilai kemampuan masing-masing.

Anak-anak buah Muhammad Helman Morni diuji menerusi aksi pemanas badan menentang petinju dari Persatuan Tinju Negeri Chung Nam, Korea Selatan di pusat latihan gelanggang tinju Stadium Sarawak, hari ini.

Enam petinju handalan dari pasukan pelawat itu dalam rangka kunjungan ringkas dua hari ke Kuching.

Perlawanan pagi tadi membabitkan beberapa petinju lelaki dan wanita skuad Sukma termasuk petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, rombongan pasukan tinju dari Korea Selatan itu tiba di Kuching Selasa lalu.

“Selain turut serta dalam sesi latihan bersama, petinju kedua-dua pihak terbabit berkesempatan mengadakan perlawanan persahabatan.

“Ia landasan terbaik buat petinju kita dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi temasya Sukma 2024.

“Sekurang-kurangnya ada aksi kompetitif yang dilalui petinju muda kita. Paling penting mereka dapat melihat kemampuan masing-masing,” ujar Rahman pada sidang media ringkas sebelum perlawanan.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU