Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Petrol percuma buat 250 penghantar makanan di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pengarah Yadim Sarawak Awang Dulhadi(dua kiri) menyaksikan penghantar makanan Food Panda Irfan Dehari mengisi minyak di pam Stesen Petronas Ulu Bintawa.

KUCHING: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sarawak menghulurkan sumbangan petrol percuma kepada 250 penghantar makanan Food Panda yang terpilih di sekitar Kuching, hari ini.

Pengarahnya Awang Dulhadi Awang Mat berkata, sumbangan itu akan memberi manfaat kepada kumpulan penghantar makanan tersebut yang menerima bantuan Petrol berjumlah RM20 seorang.

“Ini tidak termasuk RM5 tambahan yang diberikan oleh pihak Setel (Petronas) apabila mereka mendaftar dan memuat turun aplikasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan gimik bantuan minyak petrol percuma kepada kumpulan penghantar makanan Food Panda bertempat di Stesen Minyak Petronas Ulu Bintawa, di sini, hari ini.

Tambah beliau, program merupakan anjuran Yadim Sarawak dengan pihak Petronas dan Stesen Minyak Petronas Ulu Bintawa, Kuching.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News