ARTIKEL

Petronas bantu pelajar asnaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 36 pelajar dari tiga sekolah rendah di bahagian Bintulu diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Aset, bertempat di Hotel Margharita Plaza, dekat sini.

Pada majlis itu, setiap mereka turut menerima bingkisan dan duit Raya yang disampaikan oleh Adun Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Asset, Anuar Ismail.

Menurut Anuar, majlis iftar itu diadakan untuk meraikan anak-anak asnaf, ketua jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan kaum serta rakan media.

“Petronas ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada setiap agensi kerajaan yang sekian lama bekerjasama dengan Petronas dalam memastikan operasi kami berjalan lancar terutamanya semenjak Covid-19 melanda pada 2020.

“Memandangkan perubahan besar di peringkat global, Petronas kekal teguh dan komited dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk terus menyumbang ke arah kesejahteraan dan pembangunan mampan masyarakat.

“Komuniti yang terjejas secara langsung oleh pandemik ini telah dihubungi dan dibantu melalui pelbagai program CSR kami yang diaktifkan di seluruh Malaysia,” 

ujarnya sambil menambah pihaknya amat menghargai keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan sepanjang tempoh pandemik.

Tambah Anuar lagi, kolaborasi antara agensi kerajaan sepanjang pengurusan aktiviti CSR membuktikan matlamat mereka sama iaitu memperkasakan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat menerusi program bantuan yang diolah khusus untuk keperluan masyarakat di Bintulu dan kawasan persekitaran lain.

Menurut beliau lagi, majlis iftar ini juga termasuk dalam usaha pihaknya untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan, lebih-lebih lagi menjelang Syawal.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey; Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Bintulu, Lt Kdr Mohamad Raimi Mohamad Nor dan Pengurus Kanan Komunikasi Strategik Huluan Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Asset, Nik Irwan Izanee Nik Abdullah.

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU