ARTIKEL

Petronas beri kontraktor Sarawak keutamaan kerja kontrak minyak dan gas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersetuju supaya kerja kontrak dalam sektor minyak dan gas di perairan negeri ini diberikan kepada syarikat-syarikat Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkara tersebut dipersetujui kedua-dua pihak dengan garis asas tidak kurang daripada RM2.1 bilion setahun.

“Jumlah tersebut akan meningkat secara beransur-ansur bergantung kepada jumlah kerja dan keupayaan sektor swasta tempatan kita,” katanya.

Awang Tengah (berdiri tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Terminal Gas Petroleum Cecair Bintulu Sarawak antara Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Pusaka Integrated Resources Sdn Bhd di Kuching, hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Terminal Gas Petroleum Cecair Bintulu Sarawak antara Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Pusaka Integrated Resources Sdn Bhd di sini, hari ini.

“Saya gembira bahawa Petronas telah bersetuju untuk meningkatkan nilai kontrak tahunan di perairan Sarawak. Ia sekali gus memberi peluang untuk rakyat negeri ini terlibat dalam sektor minyak dan gas secara lebih meluas.

“Dengan itu, mana-mana kerja kontrak yang dikendalikan oleh Petronas di perairan negeri ini, keutamaan harus diberikan kepada rakyat Sarawak. Perkara ini ditegaskan dalam perjanjian komersial antara Petronas dan Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya Petronas juga bersetuju untuk meningkatkan ambang kontrak bagi kedua-dua aktiviti huluan dan hiliran.

“Bagi sektor huluan nilai ambang akan dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM50 juta menjelang 2030, manakala bagi sektor hiliran, ia dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM20 juta.

“Pada masa yang sama, meningkatkan kod Petronas SWEC (Kategori Kerja dan Peralatan Piawaian) untuk keutamaan kontraktor Sarawak daripada garis dasar 63 kategori kepada 600 kategori menjelang 2030,” tambahnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU