ARTIKEL

PETRONAS komited bantu demi kesejahteraan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: PETRONAS komited dalam memperkasakan komuniti dengan melaksanakan program-program kemasyarakatan menerusi tiga teras utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti, serta alam sekitar.

Pengurus Besar Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Asset, Shamsawi Ahmad berkata penganjuran Program Memacu Kehidupan di musim perayaan merupakan program tahunan pihaknya di bawah teras kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.

Ia, katanya, bertujuan memberi bantuan makanan asas kepada masyarakat yang memerlukan sebagai persediaan menyambut perayaan dalam suasana yang meriah dan ceria.

Johnny Pang(tengah) bersama Shamsawi dan Hasliza menggulung tikai simbolik sambutan majlis Rami2 Gawai Enggau Petronas Carigali Sdn Bhd- Sarawak Asset.

“Untuk perayaan Gawai 2023, PETRONAS telah menyumbang makanan asas, hamper biskut dan pemberian kad Mesra untuk 100 keluarga dari Bintulu, Tatau dan Sebauh Sarawak,”katanya ketika berucap pada Majlis Rami2 Gawai Enggau Petronas Carigali Sdn Bhd- Sarawak Asset di Hotel Promenade, di sini, semalam.

Shamsawi turut menzahirkan penghargaan dan terima kasig kepada semua wakil rakyat tempatan, Pejabat Residen dan Daerah Bintulu termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat atas sokongan padu kepada syarikat berkenaan.

Majlis Rami2 Gawai Enggau Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Asset turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming; timbalan pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) Datuk Haidar Khan Asghar Khan; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Carigali Sdn Bhd, Hasliza Othman dan Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu