ARTIKEL

Petronas komited kembangkan industri minyak dan gas Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: PETRONAS komited mengekalkan persekitaran stabil dan kondusif yang mampu menyokong perkembangan industri minyak dan gas Sarawak untuk kemakmuran negeri dan negara secara umumnya.

Ketua Pegawai Operasi merangkap Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas Petronas, Adnan Zainal Abidin berkata, Bintulu merupakan bandar perindustrian yang berperanan penting bagi Petronas, terutama sekali Kompleks LNG Petronas (MLNG) yang telah beroperasi selama 40 tahun.

Johnny Pang ditemani Laga, Adnan dan tetamu kenamaan lain menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima pada program Memacu Kehidupan Malaysia LNG.

Menurutnya, loji kompleks tersebut kini dikenali sebagai pengeluar LNG yang ketiga terbesar di dunia, menghantar lebih 12,500 LNG sejak tahun 1983.

“Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan rakan-rakan agensi kerajaan dalam memastikan keselamatan operasi loji dan kesihatan pekerja, mahupun ketika penyelengaraan loji.

Mohamed Syazwan @ Laga menyerahkan sumbangan duit raya kepada salah seorang penerima.

“Oleh itu, kami bersyukur dengan sokongan padu rakan-rakan semua dan berharap agar kerjasama dan persefahaman sejagat ini sentiasa dimekarkan sampai bila-bila,” ujarnya semasa berucap pada program Memacu Kehidupan sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, malam tadi.

Mewakili pihak Petronas, Adnan menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan bimbingan yang telah diberikan kepada pihak mereka dalam urusan operasi LNG.

Program Memacu Kehidupan ini merupakan kesinambungan tradisi Petronas dalam menyantuni masyarakat setempat semasa musim perayaan.

Pada program tersebut, seramai 201 individu menerima sumbangan berbentuk makanan dan duit raya daripada pihak MLNG.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU