ARTIKEL

Petronas meterai kontrak kongsi pengeluaran bagi Blok 63 & 64 di Suriname

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Petronas Suriname E&P BV yang juga anak syarikat Petronas, telah memeterai kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok 63 dan 64 luar pesisir Suriname dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV yang juga syarikat minyak dan emas negara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan itu berkata Petronas Suriname E&P berjaya memperoleh blok terletak di Lembangan Guyana-Suriname menerusi sesi Pusingan Bidaan Suriname Demerara 2022-2023, pada Jun lepas.

“Petronas Suriname E&P mempunyai 100 peratus kepentingan penyertaan dan merupakan  pengendali Blok 63.

“TotalEnergies akan mengendalikan Blok 64 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 40 peratus manakala baki kepentingan dibahagi sama rata antara Petronas Suriname E&P dan QatarEnergy,” kata Petronas.

Blok 63 berkeluasan 5,425 kilometer persegi dan terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir Suriname serta pada kedalaman kira-kira 1,700 meter.

Selain itu, Blok 64 yang bersaiz 6,262 kilometer persegi, terletak 250 kilometer dari pantai cetek dan kedalaman 1,300 meter.

Naib Presiden Cari Gali Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman berkata kejayaan memperoleh blok-blok itu adalah penting, sejajar dengan usaha Petronas untuk memanfaatkan potensi sumber Suriname yang besar di lembangan berkenaan.

“Ini hanya menekankan lagi aspirasi untuk meningkatkan lagi kehadiran kami di negara itu selain mengukuhkan portfolio antarabangsa kami, khususnya di Amerika.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan pihak terbabit di negara itu serta rakan sedia ada bagi mencapai lebih banyak kejayaan selain memastikan tenaga yang selamat, mampu milik dan lestari di pasaran,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais