ARTIKEL

PETRONAS pacu kerjasama dinamik potensi 5G

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Rangkaian Persendirian 5G PETRONAS memacu kerjasama dinamik antara kerajaan, sektor swasta dengan akademia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Baliau berkata, kerjasama ini melahirkan persekitaran inovasi berkembang maju, membolehkan negara memanfaatkan keupayaan teknologi 5G yang lengkap, di samping menawarkan peluang kerjasama untuk menggunakan sepenuhnya potensi teknologi ini.

“Selain itu, fokus utama adalah untuk menggalakkan bakat tempatan, memastikan tenaga kerja kita mempunyai kemahiran dan kepakaran diperlukan untuk mendorong masa depan digital kita ke hadapan,” katanya dalam ucap tama ketika pelancaran Rangkaian Persendirian 5G komersial PETRONAS yang pertama, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Menurut Fadillah, Malaysia kekal komited terhadap pelaburan besar bagi infrastruktur kesalinghubungan digital dalam usaha memanfaatkan teknologi untuk inovasi dan kemajuan masyarakat.

“Pelaksanaan Rangkaian persendirian 5G PETRONAS ini membuktikan komitmen kita untuk kekal di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.

“Sebagai jaguh negara dan penggiat global terkemuka bagi sektor tenaga, PETRONAS merupakan contoh satu standard yang menarik perhatian dengan memperakui potensi transformasi 5G,” katanya.

Rangkaian Persendirian 5G PETRONAS yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melibatkan pelaksanaan rangkaian 5G di kemudahan Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang, Melaka.

Fadillah berkata kesalinghubungan yang lebih cepat dan dipercayai memperkukuh perniagaan untuk menyelaraskan operasi, membangunkan perkhidmatan baharu dan memperluas capaiannya di dalam negara dan di peringkat global.

“Selain itu, peningkatan kecekapan dan keberkesanan yang ditawarkan oleh 5G memberikan penjimatan kos dan daya saing lebih baik dan akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran bagi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata liputan rangkaian 5G Malaysia di kawasan berpenduduk mencecah 70.2 peratus setakat September 2023, dengan langganan 5G sebanyak 2.49 juta atau kadar penembusan 7.4 peratus.

“Kita berada di landasan untuk mencapai sasaran 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini sebelum beralih daripada rangkaian borong tunggal kepada model rangkaian dwi,” katanya. -Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku