ARTIKEL

Pencari kerja menghadiri Program Karnival MYFutureJobs Career Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu, baru-baru ini.

PETRONAS sedia peluang bagi lebih ramai belia Sarawak bekerja dalam sektor minyak dan gas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) baru-baru ini menyertai Program Karnival Kerjaya MYFuture Jobs Peringkat Negeri bagi menarik lebih ramai belia Sarawak bekerja dalam sektor minyak dan gas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PETRONAS semalam, lima kontraktor PETRONAS yang terdiri daripada Velesto Energy Bhd, Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), Petrotechnical Inspection Sdn Bhd, Poratha Corporation dan Essem Corporation Sdn Bhd mengambil bahagian dalam karnival yang menarik lebih 1,000 pencari kerja.

Karnival tersebut diadakan di Dewan Suarah Bintulu dari 18 hingga 19 Mei 2024 dengan tema ‘Tiada Yang Terpinggir’ (tiada sesiapa yang ketinggalan).

Karnival yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Penyampaian Projek Kumpulan (GPD), Penyampaian Projek dan Teknologi (PD&T) PETRONAS di bawah Penyetempatan Sumber Projeknya untuk menyokong usaha Kerajaan Sarawak meningkatkan penyertaan bakat tempatan dalam sektor minyak dan gas, terutamanya dalam projek modal PETRONAS.

“Penyertaan PETRONAS dalam program itu menyediakan platform bagi pencari kerja tempatan untuk berhubung dengan bakal majikan dalam industri dan memupuk kerjasama yang lebih kukuh dalam ekosistem, memastikan usaha bersepadu berterusan untuk mencapai matlamat pembangunan bakat tempatan dan menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.

“Kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan rakan industri terkemuka menunjukkan komitmen PETRONAS yang tidak berbelah bahagi untuk memupuk bakat tempatan,” kenyataan akhbar itu menyebut.

Pengurusan PETRONAS dengan wakil-wakil daripada rakan kongsi pengambilan pekerja.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif ini merupakan elemen utama strategi penyampaian projek PETRONAS untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak melalui pembangunan tenaga kerja mahir dan cekap.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke