HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Petronas sumbang peralatan perubatan bagi kemudahan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Aslam menyerahkan simbolik  sumbangan Petronas  kepada Dr Melvin.

BINTULU: Syarikat Petroleum Nasional(Petronas), menerusi anak syarikatnya  Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Petronas LNG 9 Sdn Bhd,Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Gas dan ASEAN Bintulu Fertiliser Sdn Bhd (ABF) menyumbang peti penyimpanan vaksin, komputer riba dan ‘queue-up stands’  bernilai RM52,000 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Simbolik sumbangan disampaikan Pengarah Urusan ABF, Aslam Khan Mohater Khan kepada Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang bertempat di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Kelab Kidurong Bintulu, semalam.

Sumbangan berupa lapan unit komputer riba, 20 set ‘queue-up stands’ dan lima unit peti penyimpanan vaksin gred perubatan itu adalah bagi kegunaan di PPVIN berkenaan.

PPVIN Kelab Kidurong Bintulu  dibuka pada Isnin merupakan PPVIN pertama di Sarawak dan Borneo  khusus bagi pekerja sektor industri minyak dan gas terdiri daripada Petronas dan anak-anak syarikatnya termasuk Shell dan syarikat kontraktor mereka.

Anggaran 4,800 kakitangan  termasuk Shell dan kontraktor syarikat terbabit menerima suntikan vaksin di PPVIN tersebut.

Menurut Aslam, sumbangan itu bagi menyokong Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19(PICK) Bahagian Bintulu selain menyokong usaha barisan hadapan perubatan dalam menangani peningkatan kes pandemik Covid-19 di bahagian Bintulu.

“Kami sedang melakukan bahagian kami untuk membantu mempercepatkan PICK,  membantu kemajuan negara ke arah mencapai imuniti kelompok, ujarnya.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Petronas untuk menjaga kesejahteraan masyarakat setempat semasa wabak ini,” kata Aslam lagi.

Sebelum ini, Petronas turut menyumbang 6,200 keping peralatan perlindungan peribadi (PPE) pakai buang kepada  barisan hadapan daripada enam agensi -Hospital  Bintulu, Polis Diraja Malaysia Daerah Bintulu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, RELA Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Angkatan Pertahanan Awam Bintulu.

Sumbangan Petronas bagi membendung penularan Covid-19 di sini termasuk bekalan perubatan dan makanan kepada petugas barisan hadapan dan pusat kuarantin, mesin Polymerase Chain Reaction (PCR) kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bintulu, lapan unit  komputer riba bagi PICK di daerah Tatau dan Sebauh, kit ujian ‘reagent’ ke Hospital Bintulu serta bekalan sekolah dan kit kebersihan diri kepada pelajar sekolah rendah.

Turut hadir Ahli Parlimen Bintulu Datuk  Sri Tiong King Sing,Pengurus Besar Kanan MLNG Shariman Daud, Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Petronas Carigali Sdn Bhd – Sarawak Gas, Cecilia Lakai dan Pengurus Kanan Petronas Sarawak Norazibah Rabu.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Ambil peluang ubah diri

Bagaimanakah Ramadan dijadikan peluang untuk berubah menjadi insan lebih baik?