Petronas sumbang peralatan sanitasi kepada Bomba Sarawak

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini menyumbangkan peralatan sanitasi dan bahan kimia bernilai RM24,000 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam membantu membasmi penularan COVID-19 di negeri itu.

Pengurus Besar Pteronas Sarawak Zulaihi M Mantali berkata, Petronas amat mengambil berat mengenai keselataman barisana hadapan seperti anggota bomba yang bekerja tanpa lelah untuk memerangi penularan COVID-19.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menggunakan bahan kimia dan peralatan sanitasi itu untuk melakukan disinfeksi di bangunan dan kawan awam di bandar-banda utamadan pekan di Sarawak. Kami berharap sumbangan kami ini akan dapat membantu memudahkan lagi kerja-kerja sanitasi di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Peralatan itu termasuklah 26 unit pam semburan bermotor, 30 pam semburan tangan selain bahan kimia sanitasi yang disumbangkan Petronas melalui anak syarikatnya Malaysia LNG Sdn Bhd, PETRONAS Carigali Sdn Bhd – Sarawak Oil, PETRONAS Carigali Sdn Bhd – Sarawak Gas, dan ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd.

Sumbangan itu yang termasuk 53 kotak sarung tangan getah dan 50 kotak penutup hidung dan mulut telah diserahkan kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak Mohamad Shahabuddin Omar, di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di sini. – Bernama

Suara Sarawak