ARTIKEL

PETROS: Banyak peluang pekerjaan, perniagaan yang bakal tersedia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menjadikan industri minyak dan gas (O&G) sebagai sumber pendapatan utama Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata, PETROS kini mempunyai kepentingan dalam 17 Kontrak Perkongsian Pengeluaran Luar Pesisir Sarawak (PSC).

“Selain itu, pengeluaran minyak dan gasnya adalah kira kira 100,000 tong sehari, dan menjadikannya sebagai syarikat
minyak dan gas ketiga terbesar di Malaysia hanya dalam tempoh lima tahun sejak penubuhannya.

“Ini merupakan satu pencapaian yang cemerlang kerana PETROS kini mempunyai hak penerokaan dan pengeluaran tunggal kepada minyak dan gas di pesisir Sarawak, sekali gus mengambil alih perniagaan gas petroleum cecair (LPG) serta pengedaran gas di darat daripada Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pameran Pekerjaan dan Latihan O&G Persatuan Pekerja Minyak dan Gas Sarawak (SOGWA) 2023 di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, aktiviti O&G di luar pesisir dan darat mula meningkat pada fasa pemulihan selepas COVID-19.

Katanya, ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagaan yang bakal tersedia khas untuk pencari kerja.

“Baru-baru ini beberapa syarikat O&G menemui saya bagi menyatakan keperluan mereka terhadap pekerja bukan pemastautin termasuk ekspatriat kerana mereka tidak dapat mencari pekerja dari Sarawak yang sesuai.
“Namun, kami sentiasa mengutamakan pekerjaan kepada warga Sarawak.

Apabila kami meluluskan permit kerja untuk pekerja dari luar Sarawak, kami sentiasa menetapkan syarat untuk majikan melatih warga Sarawak untuk mengambil alih pekerjaan itu dalam beberapa tahun.

“Dengan ini, ia membolehkan warga Sarawak berkembang bukan sahaja bagi mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi, tetapi ia akan membantu mereka berkembang menjadi pekerja mahir dalam industri O&G ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan sokongannya terhadap SOGWA seperti sebelum ini dengan pemberian sumbangan RM20,000 daripada dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP 2025) bagi menyokong pameran kerja dan program anjuran SOGWA yang lain pada tahun hadapan.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki terselamat daripada kereta terbakar

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan di Jalan Tudan di sini

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu

BERITA TERBARU

Lelaki terselamat daripada kereta terbakar

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan di Jalan Tudan di sini