ARTIKEL

TANDA... Majlis menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) olej enam agensi berkaitan

PETROS meterai perjanjian dengan tiga agensi Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menerusi Petronas CCS Ventures memeterai perjanjian langganan saham (SSA) bersama tiga badan konsortium Jepun iaitu Japan Petroleum Exploration Co Ltd; JGC Holding Corporation; dan Kawasaki Kisen Kaisha Ltd.

SSA terbabit meliputi medan luar M3 pesisir Sarawak bagi membolehkan kajian kebolehlaksanaan tapak penyimpanan karbon dioksida dimulakan dengan lapangan M3 (Projek M3 CCS).

Dalam pada masa sama, dijangka sebagai perancangan pembangunan tapak penyimpanan CO2 berkaitan termasuk terminal darat, saluran paip pengangkutan dan teknologi.

Kerjasama itu menjadi wakil terhadap kemajuan ketara dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di rantau Asia Pasifik (APAC), termasuk Malaysia dan Jepun.

Naib Presiden Kanan PETROS, Nazrin Banu Shaikh S Ahmad berkata, langkah itu menandakan komitmen pihak berkaitan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi Sarawak untuk memanfaatkan penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sebagai pemboleh.

“Ini adalah projek pertama untuk industri dan dorongan kepada lebih banyak projek penyelesaian karbon rendah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas CCS Ventures, Emry Hisham Yusoff menegaskan pihaknya amat berbesar hati untuk berkongsi komitmen bersama Sarawak, Petronas, dan Konsortium Jepun dalam CCUS.

“Kerjasama ini bukan sekadar langkah strategik untuk membuka peluang kepada CCS di Sarawak malah sebagai tindakan kolektif dalam mencapai masa depan yang lebih rendah karbon,” ujarnya.

Terdahulu, majlis menandatangani SSA melibatkan Naib Presiden Kanan PETROS, Nazrin Banu Shaikh S Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas CCS Ventures, Emry Hisham Yusoff; Pegawai Eksekutif Urusan JAPEX, Yamada Tomomi, Pegawai Eksekutif Kanan JGC, Aika Masahiro; dan Pegawai Eksekutif Urusan K line, Kanamori Satoshi.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU