Petros sumbang RM140,280 kepada Tabung Bencana Negeri

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (Petros) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM140,280 kepada Tabung Bencana Negeri.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Hamid Bugo menyampaikan cek itu kepada Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Petros memberitahu, sumbangan itu adalah untuk membeli peralatan sokongan kritikal di Unit Rawatan Rapi di seluruh hospital.

Sumbangan itu adalah sukarela daripada pekerja, pengurusan eksekutif dan Lembaga Pengarah Petros serta daripada dana tanggungjawab sosial korporat kumpulan.

Suara Sarawak