Petugas barisan hadapan dihargai

MIRI: Petugas barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Siwa dan SJR Lambir di sini menerima sumbangan berupa bungkusan makanan menerusi Program Terima Kasih Frontliners.

Adun Lambir Ripin Lamat berkata, inisiatif program tersebut sangat signifikan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang bertugas tanpa mengenal lelah.

“Kami melihat program ini begitu baik sekali, kerajaan negeri menerusi Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) mengambil inisiatif memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam tanpa kenal penat dan lelah dalam memutuskan penularan pandemik Covid-19,” katanya semalam.

Ripin Lamat berkata, meskipun sedikit kekangan pergerakan akibat hujan lebat, program berkenaan tetap diteruskan dengan semangat yang tinggi.

Beliau bersama-sama Pengarah Ukas Samat Junai dan Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf serta rombongan mengagihkan sumbangan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti Miri khususnya di Lambir supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak