KUCHING: Seramai 750 petugas di bilik gerakan IPK Sarawak menerima sumbangan pek makanan berupa nasi beriani ayam dan air kotak daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, semalam.
Sumbangan itu merupakan penghargaan kepada semua barisan petugas atas jasa mereka sepanjang wabak Covid-19 di negeri ini. Acara penyerahan sumbangan diketuai Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang Di-Pertua Negeri Datuk Mustapa Han di pekarangan Pejabat Yang Di-Pertua Negeri pagi semalam.
“Kita berharap sumbangan ini dapat menguatkan semangat barisan hadapan untuk terus cekal dalam menggalas tanggungjawab menghadapi krisis ini. “Pengorbanan serta komitmen yang ditunjukkan dihargai dan diharapkan penularan wabak ini dapat ditangani dengan segera,” katanya lagi.
Diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama yang penuh untuk melancarkan operasi PKP yang telah ditetapkan. Di samping itu, semua masyarakat turut digalak sentiasa memastikan kebersihan masingmasing di tahap yang tertinggi demi kesejahtgeraan Bersama.
Hadir sama pegawai kanan Astana Negeri Sarawak, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam IPK Sarawak, Supritendan Ismail Mahmood dan beberapa ahli lain.