ARTIKEL

Peserta kursus Persediaan, Simulasi, Pengoperasian dan Pengurusan (TOT) Jawatankuasa Tenaga Kerja, Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan SUKMA kelihatan bersemangat dalam program yang diadakan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei ini. | Foto: UKAS

Petugas, sukarelawan jadi duta kecil di barisan hadapan sepanjang temasya SUKMA Ke-21 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petugas dan sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 disifatkan sebagai duta kecil yang memainkan peranan sebagai barisan hadapan sepanjang penganjuran temasya itu nanti.

Justeru, penyertaan dalam kursus Persediaan, Simulasi, Pengoperasian dan Pengurusan (TOT) Jawatankuasa Tenaga Kerja, Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan SUKMA amat penting untuk memberi pendedahan dan latihan serta simulasi kepada pegawai dan petugas.

Kursus yang diadakan di Hotel Riverside Majestic Kuching selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei ini antara lain adalah bagi mempersiapkan para peserta sebelum menghadapi hari sebenar SUKMA.

Sesi ‘townhall’ dengan tema ‘are you ready’ telah diadakan bersama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dolhadi Marzuki, semalam yang disertai seramai 90 peserta kursus dan 10 jurulatih.

Antara pengisian kursus tersebut ialah taklimat SUKMA Sarawak 2024, gerak, simulasi pengoperasian dan pengurusan jawatankuasa penyampaian hadiah, pengurusan krisis serta komunikasi berkesan.

Seramai 200 pegawai dan petugas akan dilantik bagi membantu jawatankuasa untuk menggerakkan 3,000 sukarelawan am sepanjang SUKMA berlangsung. 

Jawatankuasa Tertinggi SUKMA secara rasmi bersetuju untuk menawarkan pertandingan dalam 488 acara pada temasya SUKMA Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos akan datang.

Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan jumlah acara terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka untuk 37 jenis sukan. yang akan dipertandingkan.

BERITA LAIN

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat