Petunjuk prestasi utama belia S’wak

KUCHING: Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2019 bertujuan merancang dan memantau hala tuju pembangunan belia di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perbincangan dalam jawatankuasa bagi menyelaraskan dasar berkaitan belia di Sarawak.

“Jawatankuasa ini juga menjadi platform bagi program pembangunan belia di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2019 di sini, semalam.

Tambah Karim, jawatankuasa ini mengumpul segala maklumat, mendengar dan membincangkan serta mencari penyelesaian masalah sosial di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak amat prihatin sekali dengan pembangunan belia di negeri Sarawak,” kata Karim.

Jelasnya, mesyuarat jawatankuasa diadakan sebanyak dua kali setahun dan dipengerusi oleh beliau sendiri.

“Selain daripada menerima laporan daripada ahli-ahli Jawatankuasa, badan dan agensi berkaitan belia kerajaan pusat dan negeri berada di Sarawak yang terlibat dalam Jawatankuasa.

“Kita sentiasa mahukan ada pelapis dan pemimpin pada masa hadapan,” ujarnya.

Suara Sarawak