Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pewartaan Bung Bratak, penghormatan untuk kaum Bidayuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PETER MINOS

KUCHING: Pengisytiharan dan pewartaan Bung Bratak sebagai tapak bersejarah di Sarawak menjadi kebanggaan serta disifatkan penghormatan kepada masyarakat Bidayuh.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA) Datuk Peter Minos memberitahu, Bung Bratak sememangnya tapak purba yang amat penting kepada masyarakat tersebut, khususnya bagi kumpulan Jagoi-Bratak di 35 kampung di Daerah Lundu dan Bau.

“Kami (BBHA) amat berbesar hati kerana Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Muzium Sarawak telah mewartakan Bung Bratak sebagai tapak bersejarah di negeri ini, sekali gus menjadi kebanggaan untuk masyarakat Bidayuh,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jelasnya, tapak tersebut juga kini menjadi kawasan ekopelancongan dan warisan yang sangat popular, bagi memelihara kehijauan hutan di sekeliling serta sebagai monumen kepada peneroka terdahulu.

Menyentuh tentang kajiannya tentang Bung Bratak sejak 1990, lebih 750 tahun yang lalu, sekumpulan masyarakat dari Sungkong (kini di pedalaman Kalimantan Barat) mendaki Bung Bratak untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit yang teruk atau mencari tanaman padi yang mencukupi untuk mengelakkan konflik kampung yang serius.

“Mereka menetap di Bung Bratak kerana terdapat mata air dan air terjun di tempat itu. Selama berabad-abad mereka hidup dengan aman dan tenteram, sehingga pada 1837 kumpulan luar menyerang dan menghancurkan tanah tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, pada 1842 apabila Sarawak mencapai keamanan penduduknya berasa selamat membolehkan Bung Bratak bangkit semula.

“Dari 1890 orang ramai mula berpindah ke tempat-tempat berdekatan di Daerah Lundu dan Bau. Kampung terakhir yang berpindah ialah Kampung Tembawang Sauh dan Kampung Jugan iaitu kampung halaman atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong,” katanya.

Untuk rekod sebanyak 35 kampung Bidayuh di Daerah Bau dan Lundu berasal dari Bung Bratak, selain itu lima ditemui di kawasan Jagoi Babang kini di Kalimantan Barat berhampiran Kampung Serikin dan sebuah lagi iaitu Kampung Bowang Penrissen di Daerah Kuching juga berasal dari Bung Bratak.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan