ARTIKEL

Len Talif Salleh (tiga kiri) merasmikan Ekspedisi Saintifik Sebangkoi 2024.

Pewartaan Taman Rimba Sebangkoi berpotensi lonjak ekopelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Jabatan Hutan Sarawak bercadang mewartakan Taman Rimba Sebangkoi sebagai hutan lipur atau amenity forest dalam usaha memulihara dan memelihara kekayaan biodiversiti selain melonjak potensi kawasan itu dalam sektor ekopelancongan.
 
Pengarah Hutan Sarawak, Datuk Hamden Mohammad, berkata pewartaan Sebangkoi bakal menambah keluasan dan bilangan Kawasan Hutan Simpan Kekal (PFE) atau Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) yang jauh di pedalaman negeri ini.

Katanya, setakat ini Taman Rimba Sebangkoi yang mempunyai keluasan kira-kira 40 hektar belum lagi diwartakan.
 
“Sehubungan itu, ekspedisi saintifik yang sedang dijalankan di kawasan itu merupakan satu usaha bersama komuniti bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi diwartakan.
 
“Program ini membuktikan bahawa komuniti juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan hutan dan alam semula jadi. Pewartaan sesebuah PFE turut mengambil kira kepentingan penduduk setempat di kawasan tersebut sekiranya usaha ini menjadi kenyataan,” katanya.
 
Beliau berkata, ekspedisi selama 14 hari yang melibatkan penyertaan komuniti merupakan salah satu usaha mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk diwartakan.

Selain itu katanya, ia juga mengumpul maklumat tentang kepelbagaian ekologi flora dan fauna serta penilaiannya dalam membangunkan Sebangkoi, termasuk dari segi ekopelancongan, dengan menjadikan konservasi sebagai produk atau tarikan.

Baca lain  15 pintu Blok F Uma Bakah, Sungai Asap musnah terbakar 

Terdahulu pada Rabu, beliau berkesempatan menghadiri majlis perasmian ekspedisi saintifik Sebangkoi 2024 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu