KUCHING: Skuad futsal terkemuka Sarawak, PFA Odin cuba fokus untuk beroleh tiga mata penuh apabila turun bersemuka KL City FC dalam saingan Liga Futsal Premier Malaysia MPFL 2023 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, petang esok.
Meskipun, bukan satu tugas mudah mengambil kira status pasukan pelawat di kedudukan kelima dalam carta Kumpulan B.
Ia bukan halangan besar buat anak-anak buah Mohd. Faizal Zamri untuk mencipta kejutan.
Malah, kelebihan beraksi di laman sendiri akan cuba dimanfaat dengan sebaiknya.
Itu kata Presiden PFA Odin Sarawak, Hamzah Ismail ketika mengulas perlawanan kelapan membabitkan pasukannya petang esok.
“Kita turun dengan misi untuk cuba beroleh tiga mata berharga, memang ia bukan satu tugas mudah namun saya percaya pemain mampu merealisasikannya,” tegas Hamzah.
Sambil menyeru barisan pemain yang diturunkan untuk dapat mengadaptasi dengan sebaik mungkin strategi yang akan diguna pakai ketua jurulatih mereka.