KUCHING: Kem PFA Odin Sarawak terus gagal meraih sebarang mata pada perlawanan kesepuluh kempen Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023.
Turun melayan kunjungan Shah Alam City di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi, anak buah Mohd. Faizal Zamri tewas tipis 4-3.
Muhammad Akmal Yazadh Amri muncul wira pasukan pelawat menerusi gol kemenangan dijaringkannya pada minit ke-38.
Tiga lagi gol Shah Alam City dijaringkan Pereira Rodrigues Adao minit ke-2, Alireza Bohlouli minit ke-10 dan Muhammad Alif Mohd. Roslan minit ke-19.
Sementara itu, tiga gol pasukan PFA Odin Sarawak dijaringkan Mohamad Azrin Shahmin Jefery minit ke-7 dan Zulazmie Ibrahim minit ke-9 dan minit ke-34.