PGA berjaya rampas barangan seludup bernilai RM536,199.55

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya merampas rokok seludup dan minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM536,199.55 hasil serbuan di sebuah premis di Kampung Sudat, semalam.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata sebuan sekitar jam 7.45 pagi itu dijalankan oleh Pasukan Khas Risik selepas mendapati premis terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun yang mengaku sebagai pekerja di premis itu ketika ditahan di lokasi bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen sah pemilikan kesemua barang tersebut.

“Rampasan itu berupa 1,500 karton rokok putih dianggarkan bernilai RM225,000.

“Untuk minuman keras dianggarkan bernilai RM 311,199.55 iaitu 1,150 karton jenama Tiger, 190 karton Guiness, dan 360 karton Oranjeboom,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak