ARTIKEL

PGA rampas lebih 3.2 tan daun ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 3.2 tan daun ketum bernilai RM97,200 dalam Op Wawasan Kedah/Perlis di sebuah rumah di Kampung Kolam dekat sini, semalam.

Komander Briged Utara PGA, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan hari ini, berkata dalam operasi kira-kira 11 malam itu, polis menemukan 78 guni berisi daun ketum di dalam rumah itu.

“Pemeriksaan dalam sebuah kereta turut menemukan 30 guni daun ketum,” katanya.

Abdul Ghani berkata kesemua 108 guni daun ketum dan kenderaan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Katanya tiada tangkapan suspek dilakukan dalam operasi itu. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU