ARTIKEL

PGA rampas rokok, minuman keras tidak bercukai bernilai RM240,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Rokok dan arak disimpan di dalam sebuah lori.

KUCHING: Sebanyak 1,500 katon rokok pelbagai jenama dan 135 kotak minuman keras disyaki tidak bercukai dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, nilai jumlah rampasan dianggarkan RM240,000.

Katanya, rampasan dilakukan menerusi Op Kontraban di Gala City di sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Seorang lelaki tempatan lingkungan umur 26 tahun turut ditahan dalam operasi ini.

“Suspek telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching untuk tujuan permohohan di bawah Seksyen 116C Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai barangan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan tidak lebih dari 20 ganda nilai barangan atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tegasnya, operasi ini akan dijalankan berterusan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

Baca lain  Sarawak jalankan kajian ukur kadar kemiskinan rakyat
Suspek warga tempatan turut ditahan oleh PGA Batalion 11 dalam operasi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).