ARTIKEL

ACP Mohd Farhan Lee Abdullah.

PGA serbu kediaman, dua motovan minuman keras tidak bercukai dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua motovan yang sarat dengan muatan minuman keras tidak bercukai menjadi antara petunjuk kegiatan penyeludupan yang terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 menyerbu sebuah kediaman di Jalan Bunga Raya 2, Taman Bumiko, di sini pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, serbuan turut menemukan pelbagai jenama minuman keras yang disimpan di dalam kediaman berkenaan, dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sebelum barangan itu dipindahkan atau diedarkan.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan dua motovan yang dipenuhi muatan minuman keras yang dipercayai tidak dibayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan menambah, susulan operasi berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dan kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri.

Lelaki berkenaan, katanya, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak.

“Kegiatan menyimpan atau menjual minuman keras tidak bercukai bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menjejaskan hasil negara,” jelasnya.

Menurutnya, kegiatan berkenaan turut membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan yang hanya memberikan keuntungan kepada pihak tertentu demi mengaut keuntungan peribadi.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kegiatan penyimpanan dan penjualan minuman keras tidak bercukai yang boleh menjejaskan kepentingan negara.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau penyimpanan barangan tidak bercukai diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan berkenaan dan memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan