PGA tumpas pembalakan haram bernilai RM432,999 di Lingga

LINGGA: Dua lokasi aktiviti pembalakan haram masing-masing di persisiran Sungai Kerepok dan Sungai Serpau diserbu polis, Rabu lalu.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata, aktiviti itu pada awalnya dikesan di kawasan berhampiran persisiran Sungai Serpau oleh pasukan Risik Kompeni C ketika melakukan rondaan sekitar jam 3 petang.

Katanya, hasil pemantauan awal pasukan mendapati beberapa pekerja sedang melakukan aktiviti pembalakan sebelum mereka melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

“Pasukan operasi menunggu dua lebih dua jam namun tiada pemilik yang tampil. Antara barang yang ditinggalkan termasuk sebuah jengkaut Hitachi, satu enjin jana kuasa, seunit pemotong kayu (Chainsaw), dan kayu 25 tan.

“Hasil daripada pemantauan lanjutan di lokasi pertama turut menemui satu lagi lokasi pembalakan di hilir kawasan Sungai Kerepok sekitar jam 7.30 petang, di mana pasukan mendapati enjin jengkaut masih hidup tetapi tidak terdapat individu di tempat berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

LARI… Difahamkan pekerja balak bertindak melarikan diri dengan meninggalkan Jengkaut yang masih hidup di lokasi serbuan

Suara Sarawak