ARTIKEL

Chow Kon Yeow

PH-BN terus bekerjasama hingga PRU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang memutuskan untuk mengekalkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran kerajaan negeri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat PH negeri hari ini berdasarkan kesefahaman kerjasama PH dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023. Exco BN berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol.

Chow yang juga Ketua Menteri berkata PH Pulau Pinang mengambil iktibar daripada keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan dengan setiap kerusi di negeri itu akan dianalisis dari pelbagai sudut pada PRU ke-16.

Beliau berkata PH akan menguasai medan naratif, berani mengakui kelemahan, memperkukuh penguasaan ruang digital dan mendalami kelompok pengundi Undi18. Beliau yakin PH masih mempunyai kekuatan melalui pentadbiran stabil, berintegriti, pertumbuhan ekonomi, pelaburan, peluang pekerjaan dan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

Bagaimanapun, Chow berkata PH tidak boleh terlalu selesa kerana persepsi dan sentimen rakyat sering berubah lebih pantas berbanding fakta. Pada PRN Pulau Pinang 2023, PH dan BN membentuk Kerajaan Perpaduan selepas memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN, dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR tujuh, Amanah satu dan BN dua seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan