ARTIKEL

PH dakwa dahului 22 kerusi Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mendakwa telah mendahului di 22 kerusi Parlimen sehingga jam 8.20 malam tadi.

Menurut Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, angka tersebut diperoleh berdasarkan pungutan melalui aplikasi CISTA.

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Rafizi turut mendedahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendahului dengan tujuh kerusi.

“Keputusan terkini dari kerusi-kerusi PKR (melalui CISTA), PKR mendahului di 22 kerusi, BN mendahului di tujuh kerusi (dan) Perikatan Nasional (PN) mendahului di tujuh kerusi,” dakwa Rafizi.

Setakat jam 9 malam tadi, Rafizi yang merupakan calon PH di Parlimen Pandan mendahului dengan 10,844 undi, diikuti Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) sebanyak 3,070 undi.

Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee daripada BN mendapat 1,609 undi; calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat (845 undi), manakala 114 undi diraih Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62