ARTIKEL

PH gagal urus kementerian terbesar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kerajaan PH ternyata gagal mengurus sebuah kementerian terbesar dalam kabinet Malaysia ekoran peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, semalam.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam memberitahu, umum mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan kementerian yang menerima peruntukan terbesar serta mempunyai kakitangan terbanyak.

“Selain mempunyai peranan penting menentukan sistem pendidikan negara. Namun, sejak akhir-akhir ini KPM dilihat bercelaru dengan pelbagai masalah dan isu.

“Antaranya, dasar yang tidak tetap dalam arah tuju sistem pendidikan negara.

“Malah, tiada pembaharuan yang baik seperti dicanang sebelum PRU-14 lepas seperti tawaran pendidikan percuma.

“Ditambah isu tiada persefahaman dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini, se hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di negara ini terhadap sistem pendidikan kebangsaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah Razi, urus tadbir KPM pada zaman Kerajaan PH seolah olah tiada kestabilan dasar dan ada kalanya lebih banyak bersifat flip flop dalam membuat keputusan.

“Bagi saya ia jauh berbeza jika dibandingkan pada zaman kerajaan sebelum ini.

“Justeru, KPM memerlukan seorang tokoh berpengalaman dalam dunia pendidikan untuk menerajui dasar pendidikan kebangsaam seperti dikehendaki Perlembagaan negara.

“Kerajaan PH wajar melantik tokoh daripada warga pendidikan sebagai menteri, bukannya daripada kalangan
orang politik,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha