ARTIKEL

PH tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERCAKAP… Anwar menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas selesai Pelancaran Tawaran Harapan Kepada Sarawak di Hotel Imperial di sini.

KUCHING: Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan mengadakan perbincangan bersama-sama Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan akan diadakan selepas PRU-15.

Katanya, umum mengetahui bahawa Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran GPS, sementara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelantan dan PH di Negeri Sembilan dan Penang.

“Apa-apa pun, Kerajaan Persekutuan akan tetap bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dan itu adalah prinsip kita di PH. Apakah PH akan menutup kemungkinan perbincangan pembentukan kerajaan? Tidak pernah, namun ia harus berlaku selepas PRU-15.

“Selepas 19 November 2022, hal itu akan berbangkit kerana kita tidak mahu dilihat sebagai menepikan penyertaan yang bermakna dari Sabah dan Sarawak.

“Apa yang penting sekarang, kita bekerja kuat bagi memastikan calon-calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang,” katanya pada sidang media selesai Pelancaran Tawaran Harapan Kepada Sarawak di Hotel Imperial di sini, hari ini.

Baca lain  Teruskan usaha tuntuk hak Sarawak

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, momentum PH di Semenanjung kini mendahului Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Berdasarkan kaji selidik, PH mendahului namun kita tahu kerusi-kerusi parlimen di Semenanjung sahaja tidak cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Disebabkan itu, kita merayu kepada pengundi di Sarawak terutama kawasan yang pernah kita menang supaya terus memberikan sokongan kepada PH, DAP, Amanah dan PKR supaya dapat membentuk kerajaan yang kukuh di peringkat persekutuan selepas 19 November 2022,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU