Trending

Phillip Jabu calon popular

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PHILLIP JABU…Calon Timbalan Presiden FAS.

KUCHING: Pengalaman luas Phillip Jabu, 53, menjadi nilai tambah untuk berkhidmat sebagai Timbalan Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2023-2025 yang akan berlangsung di Sarikei Sabtu nanti.

Pengalaman sebagai exco badan induk FAS sejak beberapa penggal selain menggalas pelbagai jawatan mencakupi pelbagai bidang merupakan kredit berganda buat Philip untuk terus menabur bakti sebaik mungkin andaikata berjaya dipilih untuk jawatan tersebut.

Anak jati kelahiran Kampung Sungai Barie, Serian cukup berpengalaman malah amat disegani di pentas dunia bola sepak Sarawak.

Tidak hanya dalam kalangan pemain, malah golongan wakil rakyat dan serta masyarakat pelbagai suku kaum.

Kredibiliti Phillip mula meniti di bibir masyarakat selepas kejayaannya membawa pasukan Serian FA muncul naib juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada tahun 2016/2017.

“Tiada masalah bagi saya menabur khidmat sekiranya terpilih untuk jawatan Timbalan Presiden FAS kelak.

“Apa yang pasti, fokus utama adalah untuk memastikan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini berada pada landasan terbaik menerusi penggemblengan tenaga bersama-sama Exco FAS yang baharu nanti,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Untuk rekod Phillip Jabu mula menjadi salah seorang Exco FAS sejak tahun 2019 yang menyandang jawatan Naib Presiden FAS sehingga sekarang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol