ARTIKEL

Phillip Jabu kekal Presiden SFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MESYUARAT Agung Tahunan Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) 2024-2026 pada 3 Mac lalu memperlihatkan signifikan tersendiri.

Tidak hanya kepada dunia sukan bola sepak di Bahagian Serian, malah mencakupi seluruh negeri ini.

Ia mengambil kira kredibiliti tokoh sukan berpengalaman luas, Phillip Jabu yang terus mendapat kepercayaan untuk menerajui badan induk berkenaan.

Anak jati Kampung Sungai Barie, Serian itu menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden selepas dicalon oleh barisan exco yang hadir pada mesyuarat tersebut

. Ia sekali gus, mengekalkan portfolio yang disandangnya itu untuk tiga penggal berturut-turut sejak 2018.

Ironinya, keputusan barisan Exco SFA mengekalkan Phillip Jabu untuk menduduki kerusi nombor satu itu sememangnya langkah tepat.

Ini kerana Phillip Jabu yang juga bendahari Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) berpengalaman luas bukan sahaja dalam pentadbiran bidang sukan, malah pengurusan terhadap pasukan bola sepak.

“Cukup terharu dan saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua barisan exco atas sokongan serta kepercayaan diberikan untuk terus menerajui SFA bagi penggal seterusnya.

“Saya amat mengharapkan sokongan serta kerjasama berterusan daripada barisan exco baharu yang dipilih pada mesyuarat tersebut,” ujar Phillip pada sidang media pada akhir mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Haical Abdullah turut mendapat kepercayaan memegang jawatan kedua terpenting dalam SFA — timbalan presiden penggal baharu berkenaan.

Bekas bendahari SFA itu turut menang tanpa bertanding selepas dicalonkan oleh barisan exco yang hadir.

Dalam pada itu, empat jawatan naib presiden SFA 2024-2026 yang turut menyaksikan tiga muka lama masih kekal berbanding seorang muka baharu apabila memperoleh majoriti undi berbeza.

Fresher Jonathan Isau (naib presiden 1/11 undi), Azli Mahli (naib presiden 2/9 undi), KK Bernard Jabon antara muka baharu (naib presiden 3/7 undi) dan Abdul Razak Bujang (naib presiden 4/7undi).

Bagi Phillip, beliau melihat exco untuk penggal baharu ini sebagai barisan yang mantap kerana masing-masing mempunyai pengalaman.

“Adunan muka lama dan baharu dalam barisan Exco SFA 2024-2026 yang diharap mampu memberi kesinambungan berterusan terhadap pembangunan sukan bola sepak di Bahagian Serian,” tambah Phillip.

Menurut Phillip, mandat diberi kepada beliau dan barisan exco baharu yang dipilih baru-baru ini turut mencerminkan betapa pihaknya mempunyai misi dan visi.

Pihaknya ketika mahu terus mengekalkan kredibiliti Bahagian Serian sebagai salah satu kuasa besar sukan bola sepak di negeri ini.

“Beberapa program kita rancang untuk memperkasakan program pembangunan sukan bola sepak di Bahagian Serian selepas ini.

“Perkara utama melibatkan Liga Serian 2024. Selain itu, cuba memperkenalkan kejohanan peringkat umur kanak-kanak iaitu Karnival Bola Sepak Bawah 12 Tahun,” jelas Phillip.

Pun begitu kata Phillip, perancangan pihaknya selepas ini juga terarah untuk cuba menubuhkan Akademi Bola Sepak SFA.

“Langkah tersebut amat penting kerana berupaya memastikan kesinambungan bagi Bahagian Serian dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi.

“Secara tidak langsung pendekatan melalui penubuhan akademi itu kelak dapat menyaksikan kemunculan pemain baharu yang boleh diketengah ke pentas lebih berprestij,” menurutnya lagi.

Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri Semuja, John Ilus yang hadir pada mesyuarat tersebut mengucapkan tahniah kepada barisan exco baharu SFA.

Katanya, barisan exco baharu ini sememangnya cukup berpengalaman dalam dunia bola sepak.

Justeru, kelebihan yang dimiliki barisan exco terbabit dapat diterjemah dalam pelan pembangunan bola sepak lebih komprehensif pada masa akan datang.

Tegas John Ilus lagi, beliau akan menyokong setiap pelan atau program yang bakal dilaksana oleh pihak SFA sepanjang tahun.

“Kesinambungan kecemerlangan SFA terhadap pembangunan sukan bola sepak di peringkat domestik sememangnya diakui ramai.

“Justeru, kecemerlangan yang ditunjukkan pengurusan exco sedia ada dalam mengendali program sama ada kejohanan yang berada dalam takwin tahunan, boleh menjadi menjadi penanda aras terbaik memastikan pembangunan sukan bola sepak di Bahagian Serian kekal berada dilandasan tepat,” katanya.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU