ARTIKEL

UNTUK KENANGAN... ADUN Bukit Semuja, Encik John Ilus (duduk ditengah) sempat merakam gambar kenangan bersama barisan Exco SFA 2024-2026.

Phillip Jabu kekal Presiden SFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) 2024-2026 berlangsung sebentar tadi.

Seperti dijangka, Phillip Jabu terus mendapat kepercayaan untuk menerajui badan induk berkenaan untuk penggal seterusnya.

Anak jati kelahiran Kampung Sungai Barie, Serian itu menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden selepas dicalon oleh barisan exco yang hadir.

“Terima kasih kepada semua barisan exco atas sokongan serta kepercayaan diberikan untuk terus menerajui SFA bagi penggal seterusnya.

“Saya amat mengharap sokongan serta kerjasama berterusan daripada barisan exco baharu yang dipilih pada mesyuarat itu,” ujar Phillip pada sidang media.

Sementara itu, Mohd. Haical Abdullah mendapat kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden penggal baharu berkenaan.

Bekas Bendahari SFA itu turut menang tanpa bertanding selepas dicalonkan oleh barisan exco yang hadir.

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh