ARTIKEL

Piala Asia 2023 : Upacara pembukaan gabungkan elemen artistik, sokongan terhadap Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DOHA : Pembukaan kejohanan Piala Asia AFC 2023 dimeriahkan dengan acara yang menggabungkan warisan Timur dengan identiti Qatar yang tersendiri dan elemen kontemporari Barat, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Diinspirasi daripada kisah mitos “Kalila dan Dimna” majlis itu bukan sahaja memukau penonton dengan paparan artistik dan visual yang menawan tetapi juga menyampaikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin.

Prelude kepada perlawanan pembukaan antara Qatar dan Lubnan di Stadium Antarabangsa Lusail dimulakan dengan persembahan muzik yang memukau bertajuk “The Missing Chapter of Kalila and Dimna.”

Penyanyi Lubnan Abeer Nehme mewarnai pentas dengan lagu yang menyentuh jiwa, stadium menjadi sebuah teater besar yang menampilkan watak haiwan ikonik daripada buku terkenal itu, diiringi dengan pertunjukan cahaya dan bunga api.

Detik yang mengharukan apabila kapten pasukan Qatar Hassan Al Haydos menyerahkan tanggungjawab membacakan ikrar kejohanan kepada kapten pasukan Palestin Musab Al Battat.

Al Haydos berkata selain sebagai satu penghormatan ia juga sebagai tanda bersolidariti dengan perjuangan Palestin.

Sambil mengenakan Keffiyeh Palestin yang ikonik, Al Battat membaca ikrar itu sebelum acara diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh Dana Al Meer dengan lagu bertajuk “Zahrat Al-Mada’in”.

Perlawanan pembukaan antara Qatar dan Lubnan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial