ARTIKEL

Kredit: Malaysian Hockey Confederation | BERNAMA

Piala Asia: Malaysia bermula garang belasah Oman 10-2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2 pada aksi Kumpulan B di Taldykorgan, Kazakhstan, semalam.

Tonggak pertahanan Muhammad Najmi Farizal Jazlan mencuri tumpuan apabila meledak hatrik dengan meletakkan Malaysia di depan seawal minit diikuti jaringan kedua peribadi pada minit ke-24, kedua-duanya menerusi gol padang dan seterusnya melengkapkan koleksi jaringan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Penyerang Abdul Khaliq Hamirin dan pemain pertahanan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pula menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-12 dan ke-34 serta minit ke-19 dan ke-27.

Tiga lagi gol skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi disumbangkan pemain tengah Muhamad Izham Azhar menerusi jaringan pukulan sudut penalti (ke-17’), jaringan padang Muhammad Ashran Hamsani (ke-25’) dan Faridzul Afiq Mohd melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol padang (ke-33’).

Dua gol Oman pula dihasilkan Asama Barazahan yang meledak jaringan padang (ke-18’) manakala Rashad Al Fazari memanfaatkan pukulan sudut penalti bagi menyumbat gol terakhir perlawanan (ke-37’).

Biarpun menjaringkan 10 gol menentang Oman namun Rodzhanizam mengakui masih terdapat kesilapan dilakukan anak buahnya dan berharap agar barisan kejurulatihan dapat membantu pasukan memperbaiki masalah tersebut dalam mencari kemenangan kedua menentang tuan rumah hari ini.

“Pertemuan dengan tuan rumah, Kazakhstan esok pastinya satu perlawanan yang bukan mudah kerana mereka pasukan yang kuat.

“Pengurusan dan barisan kejurulatihan juga berharap pemain dapat bermain dengan baik dan memberikan tentangan yang hebat kepada lawan,” katanya dalam satu kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.

Selepas Kazakhstan, Malaysia bakal meneruskan saingan kumpulan dengan menentang juara Sukan SEA 2023 Indonesia, juga dijadual berlangsung hari ini. 

Di pusingan kedua, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan diletakkan dalam Kumpulan C manakala baki  pasukan lain akan diletakkan dalam Kumpulan D.

Dua pasukan teratas dalam Kumpulan C bukan sahaja layak beraksi di pentas final malah layak secara automatik ke Piala Dunia 2025.

Malaysia mencipta sejarah pada edisi 2022 di Bangkok apabila merangkul kejuaraan sulung Piala Asia dengan menumpaskan juara lapan kali Iran, 3-2, menerusi penentuan penalti  selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam masa sebenar perlawanan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual