PIALA BELIA 2021: Pemain balik kampung, dapat restu daripada SSC

BERIKUTAN masih belum ada ketetapan tarikh bermula saingan liga Piala Belia 2021, pihak pengurusan skuad Sarawak United FC III (SU FC III) memberi kelonggaran kepada pemain untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pengurus SU FC III, Nazri Ahmad Lai memberitahu, keputusan tersebut turut mendapat restu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

“Memandangkan belum ada tarikh pasti bermulanya liga berkenaan (Piala Belia 2021), kita membenarkan pemain pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Apabila sudah ada tarikh pasti, pemain akan dipanggil kembali untuk menyambung latihan,” ujar Nazri kepada Arena Suara Sarawak.

Pun begitu katanya, latihan membabitkan pemain tetap berjalan secara dalam talian disebalik perubahan yang berlaku itu.

Suara Sarawak